Pendidikan Awal Malaysia

Inisiatif Kerajaan Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional komited menyediakan asuhan berkualiti dam pendidikan prasekolah terbaik melalui  Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia.

41

Jumlah Taska Perpaduan

1,781

Jumlah Tabika Perpaduan

Permohonan Kemasukan Sesi 2027

Permohonan Kemasukan Tahun 2027 Tabika Perpaduan Kini Dibuka!

Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan untuk tahun 2027 boleh dibuat secara atas talian bermula 15 Mac 2026.

1,781

Jumlah Tabika Perpaduan

Permohonan Kemasukan Sesi 2027

Permohonan Kemasukan Tahun 2027 Taska Perpaduan Kini Dibuka!

Borang permohonan boleh didapati di Taska Perpaduan terdekat atau muat turun versi digital sekarang.

41

Jumlah Taska Perpaduan

Kenali Kami

Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan

Dua institusi yang saling melengkapi dalam menyediakan pendidikan dan asuhan berkualiti untuk kanak-kanak Malaysia.

Logo Taska Perpaduan

Taska Perpaduan

Taman Asuhan Kanak-Kanak

Umur 2-4 Tahun
Menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan dalam membentuk kanak-kanak yang mempunyai nilai-nilai murni seawal usia 2 hingga 4 tahun.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad
  • Kanak-kanak berumur dua (2) hingga empat (4) tahun
  • Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi Taska Perpaduan
  • Kanak-kanak bukan berkeperluan khas

Permohonan Sesi 2027 Kini Dibuka!

Pendaftaran untuk sesi 2027 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak anda di Taska Perpaduan.

Muat Turun Sekarang
Logo Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan

Taman Bimbingan Kanak-Kanak

Umur 4-6 Tahun
Pendidikan prasekolah dengan kurikulum berstruktur untuk persediaan ke Darjah Satu dengan mengaplikasikan Kurikulum  Prasekolah 2026.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad
  • Berumur daripada empat (4) hingga enam (6) tahun Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berumur lima (5) hingga enam (6) tahun
  • Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi Tabika Perpaduan
  • Kanak-kanak bukan berkeperluan khas

Permohonan Sesi 2027 Kini Dibuka!

Pendaftaran untuk sesi 2027 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak anda di Tabika Perpaduan.

Mohon Sekarang
Kenapa Pilih Kami

Dipercayai Ribuan Keluarga Malaysia

Rangkaian institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia yang komited menyediakan perkhidmatan terbaik.

Sokongan Kerajaan

Institusi di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Kurikulum Piawai

Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan menggunakan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tenaga Pengajar Terlatih

Guru dan pengasuh bertauliah dengan latihan berterusan, komited memberikan pendidikan dan asuhan terbaik untuk anak anda.

Lokasi Strategik

Lebih 41 Taska Perpaduan dan 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara termasuk di kawasan bandar, dan pinggir bandar untuk kemudahan ibu bapa.

Memupuk Perpaduan

Menyatupadukan kanak-kanak pelbagai kaum, agama dan budaya sejak kecil, bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni.

Inisiatif Istimewa

Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan menyediakan inisiatif istimewa termasuklah insuran kemalangan diri berkelompok, bantuan makanan tambahan dan kit permulaan untuk setiap kanak-kanak.
Kurikulum Kami

Kurikulum dan Modul Pembelajaran

Kurikulum yang terstruktur dan komprehensif untuk perkembangan holistik kanak-kanak.

Berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara

4 Komponen Asas Pengasuhan Kanak-Kanak

Pemakanan Seimbang

Penjagaan dan Latihan Urus Diri

Amalan Pengasuh

Keselamatan Kanak-Kanak

6 Bidang Pembelajaran Untuk Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Berdasarkan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026)

Terdapat nilai tambah elemen kenegaraan dan perpaduan dalam setiap sesi pembelajaran

Modul Khusus

Modul Komunikasi Asas Bahasa Ketiga

Bahasa ketiga yang diajar adalah terdiri daripada Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di semua Tabika Perpaduan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Bahasa Kadazan di semua Tabika Perpaduan di Sabah dan Bahasa Iban di semua Tabika Perpaduan di Sarawak.

Modul TAKE-5

Modul ini adalah sebagai medium dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid Tabika Perpaduan dalam mendidik dan membudayakan nilai baik serta positif agar menjadi rutin kepada murid seawal usia. Modul ini mengandungi tiga segmen iaitu Rukun Negara, kebersihan dan keselamatan. Tempoh pelaksanaan 5 minit setiap hari 3 minit untuk segmen Rukun Negara dan 2 minit untuk aktiviti keselamatan atau kebersihan.

Modul Pendidikan Rukun Negara

Penghayatan pendidikan Rukun Negara diperkenalkan PdP Tabika Perpaduan bertujuan memupuk semangat patriotisme seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun. Manakala inisiatif penerapan nilai-nilai murni adalah bertujuan menyemai dan memupuk elemen perpaduan di peringkat awal persekolahan.

Modul Kemahiran Jom Urus Diri

Modul Jom Urus Diri pula diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran asas pengurusan diri dan seterusnya membentuk disiplin dalam diri murid.

Liputan Seluruh Malaysia

Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di Seluruh Negara

Jelajahi taburan Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di setiap negeri dengan statistik terkini

Jumlah Taska Perpaduan

0

Jumlah Pelajar

0

Jumlah Tabika Perpaduan

0

Jumlah Pelajar

0

Waktu Pengoperasian

Waktu Pengoperasian dan Pembelajaran

Jadual waktu operasi Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia

WAKTU OPERASI TASKA PERPADUAN

(2–4 Tahun)

Beroperasi sepanjang tahun dan hanya ditutup pada hujung minggu dan cuti umum (Persekutuan dan Negeri) tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan pada setiap tahun.
KUMPULAN A

Kedah, Kelantan, Terengganu

KUMPULAN B

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P. Putrajaya, W.P. Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak, W.P. Labuan

Waktu Operasi

TASKA PERPADUAN

8:00 PAGI – 5:00 PETANG

WAKTU OPERASI TABIKA PERPADUAN

(4–6 Tahun)

KUMPULAN A Sesi Persekolahan: Ahad – Khamis

Kedah, Kelantan, Terengganu

Sesi Waktu Operasi Waktu Pembelajaran
Pagi 7:30 pagi – 2:30 petang 8:00 PAGI – 12:00 tengah hari
Petang 10:30 pagi – 5:30 petang 1:00 tengah hari – 5:00 petang
KUMPULAN B Sesi Persekolahan: Isnin - Jumaat

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur, Pahang

Sesi Waktu Operasi Waktu Pembelajaran
Pagi 7:30 pagi – 3:00 petang 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
Pagi (Jumaat) 7:30 pagi – 12:30 tengah hari 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
Petang 10:30 pagi – 5:30 petang 1:00 tengah hari – 5:00 petang
KUMPULAN B Sesi Persekolahan: Isnin - Jumaat

Sabah, Sarawak, W.P Labuan

Sesi Waktu Operasi Waktu Pembelajaran
Pagi 7:00 pagi – 2:30 petang 7:30 pagi – 11:30 pagi
Pagi (Jumaat) 7:00 pagi – 12:00 tengah hari 7:30 pagi – 11:30 pagi
Petang 10:00 pagi – 5:00 petang 12:00 tengah hari – 4:00 petang

Sertai Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan Hari Ini

Berikan anak anda permulaan terbaik dengan pendidikan berkualiti dan asuhan penuh kasih sayang.