Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan merupakan program utama di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menyediakan perkhidmatan asuhan dan pendidikan prasekolah berkualiti untuk kanak-kanak Malaysia.
Taman Asuhan Kanak-Kanak
Taska Perpaduan menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan dalam membentuk kanak-kanak yang mempunyai nilai-nilai murni seawal usia 2 hingga 4 tahun.
KECEMERLANGAN BERMULA DI SINI
Taman Bimbingan Kanak-Kanak
TABIKA PERPADUAN DIHATIKU
Tabika Perpaduan mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Pada ketika itu Lembaga Perpaduan Negara telah dipertanggungjawabkan ke atas kesemua perkara berhubung dengan soal-soal perhubungan kaum dan perpaduan negara. Sebanyak 25 buah kelas Tabika Perpaduan diwujudkan sebagai projek rintis di pinggir bandar dan bandar. Sehingga kini ada sebanyak 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara.
Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun yang bertujukan kepada elemen kenegaraan, perpaduan, nilai-nilai murni dan persediaan ke alam persekolahan kelak.
Membentuk Murid Yang Mempunyai Semangat Patriotisme dan Semangat Perpaduan
Membentuk Kemenjadian Murid dan Memperkembangkan Konsep Kendiri
Melambangkan semangat perpaduan dan patriotik rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersatu padu.
Melambangkan semangat perjuangan dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak di seluruh pelusuk kemerdekaan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.
Melambangkan kesucian, ketulusan dan keikhlasan dalam mendidik kanak-kanak yang mempunyai nilai murni dan berkeperibadian Malaysia.
Melambangkan kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang menuntut ilmu pengetahuan di Tabika Perpaduan dengan penuh keceriaan.
Melambangkan kanak-kanak yang dilindungi dengan penuh kasih sayang dan keselamatan.
Melambangkan pendidikan awal yang diberikan kepada kanak-kanak.