41
Jumlah Taska Perpaduan
1,781
Jumlah Tabika Perpaduan
1,781
Jumlah Tabika Perpaduan
41
Jumlah Taska Perpaduan
Dua institusi yang saling melengkapi dalam menyediakan pendidikan dan asuhan berkualiti untuk kanak-kanak Malaysia.
Taman Asuhan Kanak-Kanak
Pendaftaran untuk sesi 2027 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak anda di Taska Perpaduan.
Muat Turun Sekarang
Taman Bimbingan Kanak-Kanak
Pendaftaran untuk sesi 2027 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak anda di Tabika Perpaduan.
Mohon SekarangRangkaian institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia yang komited menyediakan perkhidmatan terbaik.
Kurikulum yang terstruktur dan komprehensif untuk perkembangan holistik kanak-kanak.
Terdapat nilai tambah elemen kenegaraan dan perpaduan dalam setiap sesi pembelajaran
Bahasa ketiga yang diajar adalah terdiri daripada Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di semua Tabika Perpaduan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Bahasa Kadazan di semua Tabika Perpaduan di Sabah dan Bahasa Iban di semua Tabika Perpaduan di Sarawak.
Modul ini adalah sebagai medium dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid Tabika Perpaduan dalam mendidik dan membudayakan nilai baik serta positif agar menjadi rutin kepada murid seawal usia. Modul ini mengandungi tiga segmen iaitu Rukun Negara, kebersihan dan keselamatan. Tempoh pelaksanaan 5 minit setiap hari 3 minit untuk segmen Rukun Negara dan 2 minit untuk aktiviti keselamatan atau kebersihan.
Penghayatan pendidikan Rukun Negara diperkenalkan PdP Tabika Perpaduan bertujuan memupuk semangat patriotisme seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun. Manakala inisiatif penerapan nilai-nilai murni adalah bertujuan menyemai dan memupuk elemen perpaduan di peringkat awal persekolahan.
Modul Jom Urus Diri pula diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran asas pengurusan diri dan seterusnya membentuk disiplin dalam diri murid.
Jelajahi taburan Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di setiap negeri dengan statistik terkini
Jumlah Taska Perpaduan
41
Jumlah Pelajar
983
Jumlah Tabika Perpaduan
1,781
Jumlah Pelajar
34,817
Jadual waktu operasi Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia
(2–4 Tahun)
Kedah, Kelantan, Terengganu
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P. Putrajaya, W.P. Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak, W.P. Labuan
Waktu Operasi
TASKA PERPADUAN
8:00 PAGI – 5:00 PETANG
(4–6 Tahun)
Kedah, Kelantan, Terengganu
| Sesi | Waktu Operasi | Waktu Pembelajaran |
|---|---|---|
| Pagi | 7:30 pagi – 2:30 petang | 8:00 PAGI – 12:00 tengah hari |
| Petang | 10:30 pagi – 5:30 petang | 1:00 tengah hari – 5:00 petang |
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur, Pahang
| Sesi | Waktu Operasi | Waktu Pembelajaran |
|---|---|---|
| Pagi | 7:30 pagi – 3:00 petang | 8:00 pagi – 12:00 tengah hari |
| Pagi (Jumaat) | 7:30 pagi – 12:30 tengah hari | 8:00 pagi – 12:00 tengah hari |
| Petang | 10:30 pagi – 5:30 petang | 1:00 tengah hari – 5:00 petang |
Sabah, Sarawak, W.P Labuan
| Sesi | Waktu Operasi | Waktu Pembelajaran |
|---|---|---|
| Pagi | 7:00 pagi – 2:30 petang | 7:30 pagi – 11:30 pagi |
| Pagi (Jumaat) | 7:00 pagi – 12:00 tengah hari | 7:30 pagi – 11:30 pagi |
| Petang | 10:00 pagi – 5:00 petang | 12:00 tengah hari – 4:00 petang |