FAQ

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya mengenai Taska Perpaduan dan Tabika Perpaduan.

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad
  • Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun persekolahan yang dimohon. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berumur lima (5) hingga enam (6) tahun.
  • Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi Tabika Perpaduan
  •  Kanak-kanak bukan berkeperluan khas
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari Sistem Pengurusan Tabika Perpaduan atau secara manual dengan hadir ke premis Tabika Perpaduan yang berdekatan.
Permohonan dibuka bermula 1 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Ya, WAJIB. Setiap pemohon perlu mempunyai alamat emel yang sah dan aktif. Emel ini akan digunakan untuk pengesahan akaun, penghantaran status permohonan, dan urusan set semula kata laluan jika anda terlupa.
YA, satu akaun ibu bapa (menggunakan satu emel utama) boleh digunakan untuk mendaftarkan lebih daripada seorang anak dalam sistem yang sama.
TIDAK. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat satu (1) permohonan premis sahaja dalam satu-satu masa.
Pastikan anda mempunyai salinan digital dalam format PDF, JPG, atau PNG dengan saiz setiap fail tidak melebihi 5MB. Dokumen yang diperlukan adalah:
·     Sijil Lahir Murid
·     MyKid Murid.
·       Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga.
·       Slip Gaji terkini
·       Bil utiliti (elektrik/air) kediaman semasa untuk pengesahan lokaliti
·       Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 tahun): halaman hadapan dan jadual dan rekod Imunisasi
Anda perlu memuat naik Surat Akuan Pengesahan Pendapatan / Tidak Bekerja yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga / Penghulu / Pesuruhjaya Sumpah. Format surat boleh dimuat turun dari sistem permohonan kemasukan ini.
Sekiranya anda adalah ibu/bapa tunggal dan sistem memerlukan maklumat pasangan diisi secara wajib, sila ikuti prosedur pengisian seperti berikut bagi mengelakkan ralat:
·     Nama Pasangan: Isi sebagai "IBU TUNGGAL" atau "BAPA TUNGGAL" atau "GEMAS" (bagi pasangan yang telah meninggal dunia).
·     No. Kad Pengenalan: Masukkan nombor 000000000000 (12 aksara)
·     Pekerjaan: Isi sebagai "TIDAK BERKENAAN"
·     No. Telefon Bimbit, Pejabat, Rumah: Masukkan nombor telefon anda sendiri atau letakkan angka 00000000 (8 aksara).
·     Alamat Tempat Kerja: Isi sebagai "TIADA".
·     Jumlah Pendapatan: Masukkan angka 0.
·     Kerakyatan: Pilih mengikut pilihan sedia ada yang paling hampir.
·     Muat Naik Dokumen: Memuat naik dokumen seperti Sijil Cerai, Sijil Kematian, atau Surat Akuan Sumpah status terkini bagi mengesahkan maklumat yang diisi.
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Tabika Perpaduan mulai Oktober 2026, termasuk makluman rasmi akan dihantar terus ke alamat emel yang telah didaftarkan dalam sistem; 
 
Manakala bagi permohonan yang dibuat secara manual, Guru Tabika Perpaduan akan menghubungi pemohon.
YA. Rayuan boleh dibuat terus melalui Tabika Perpaduan yang dipohon. Sekiranya terdapat pemohon berjaya yang menolak tawaran kemasukan, kekosongan tersebut akan ditawarkan kepada pemohon rayuan mengikut kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Sila klik pada pautan "Lupa Kata Laluan" di skrin log masuk. Arahan set semula akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Maklumat boleh dikemaskini selagi status permohonan masih dalam peringkat "Draf" atau "Baru".
Sumbangan ibu bapa adalah sebanyak RM10 hingga RM30 sebulan. Kadar ini ditetapkan mengikut persetujuan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan bagi membiayai aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum murid. Manakala bagi murid yang mengikuti kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), bayaran perkhidmatan adalah sebanyak RM20.00 sebulan.
Setiap murid akan disediakan dengan kemudahan seperti pakaian seragam, beg galas, makan dan minum dan insurans kemalangan diri berkelompok.
Tabika Perpaduan melaksanakan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai nilai tambah, kami mengintegrasikan elemen kenegaraan dan perpaduan melalui modul-modul khusus:
·     Modul Rukun Negara (Pengetahuan dan Pemahaman dan pengamalan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dalam kehidupan seharian. 
·     Modul Jom Urus Diri (Kemahiran asas pengurusan diri di rumah)
·     Modul Take-5 (Slot 5 minit setiap hari iaitu 3 minit untuk segmen Rukun Negara dan 2 minit untuk aktiviti keselamatan atau kebersihan)
·     Modul Komunikasi Asas Pelbagai Bahasa (Bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban)
KUMPULAN A (Kedah, Kelantan, Terengganu) 
Waktu Pembelajaran
Sesi Pagi: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Sesi Petang: 1:00 tengah hari hingga 5:00 petang
 
KUMPULAN B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur, Pahang) 
Waktu Pembelajaran
Sesi Pagi: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Sesi Petang: 1:00 tengah hari hingga 5:00 petang
 
KUMPULAN B (Sabah, Sarawak & W.P Labuan)
Waktu Pembelajaran
Sesi Pagi: 7:30 pagi hingga 11:30 pagi
Sesi Petang: 12:00 tengah hari – 4:00 petang